Bilangan 30:1-2
Musa memberikan peraturan berikut kepada para pemimpin suku-suku Israel. Apabila seorang lelaki bernazar untuk memberikan sesuatu kepada TUHAN ataupun bersumpah tidak akan melakukan sesuatu perkara, dia tidak boleh memungkiri janjinya. Dia harus melakukan segala yang dikatakannya.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Bernazar" Bab 30 kitab Bilangan masih lagi berciri kitab Imamat, kali ini tentang peraturan bernazar, tidak pasti ini daripada TUHAN atau daripada Musa diajarkan kepada ketua-ketua suku. Biasanya manusia suku menambah peraturan dan menggunakan nama TUHAN sebagai penguat sesuatu peraturan.
Dikatakan bahawa nazar seorang lelaki mesti ditunaikan (ay.2). Tetapi seorang perempuan tidak semesti ditunaikan kalau ada larangan daripada bapanya atau suaminya (ay.3-8,10-15) kecuali seorang balu atau janda dia mesti ditunaikan sebab tiada yang melarang (ay.9).
Hari ini masih lagi ada yang bernazar kepada TUHAN, walaupun gereja tidak ada peraturan khas untuk itu, tetapi nazar tetap nazar mesti ditunaikan, sebab kalau tidak seolah-olah mempermainkan diri sendiri dan TUHAN. Atau kalau tidak mampu tunaikan mengaku saja kepada TUHAN.
Semoga mereka yang bernazar dapat menunaikannya supaya tidak menjadi beban dalam fikirkan.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat melakukan nazar kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 10.10.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment