Ulangan 3:10-11
Kita merebut seluruh wilayah Raja Og dari Basan: kota-kota di dataran tinggi, daerah Gilead dan Basan, sampai ke kota Salka dan Edrei di sebelah timur.” ( Raja Og ialah orang terakhir daripada bangsa Refaim. Peti jenazahnya dibuat daripada batu, berukuran kira-kira dua meter lebar dan kira-kira empat meter panjang menurut ukuran rasmi. Sampai sekarang peti jenazah itu masih dapat dilihat di Raba, kota orang Amon.)
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kira-kira dua meter lebar dan kira-kira empat meter panjang"
Bab 3 kita Ulangan Musa menghimbau peristiwa penaklukan orang Israel terhadap kawasan sebelah barat sungai Yordan, antaranya adalah manusia raksasa orang Og, peti jenazah raja Og kira-kira 2 meter lebar dan kira-kira 4 meter panjang (ay.11), lebih kurang 6 kaki lebar dan 12 kaki panjang, kita dapat bayangkan saiz manusia raksasa itu, betulah kata para pengintai yang hantar Musa, mereka seperti belalang di hadapan raksasa itu. Orang Israel dapat mengalahkan manusia raksasa itu sebab kuasa TUHAN bersama mereka.
Hari ini banyak raksasa yang muncul dalam kehidupan kita dalam bentuk penyakit, tekanan emosi, politik dan sebagainya. Tanpa pertolongan TUHAN kita tidak dapat mengalahkannya.
Semoga kira-kira 2 meter lebar dan kira-kira 4 meter panjang manusia raksasa itu dapat dikalahkan kerana kuasa TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya dapat mengalahkan raksasa dalam hidup kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 19.10.2025.
Salam takziah kepada keluarga Pdt Marakus Itam kampung Kumbatang Kudat yang telah pulang kepangkuan Bapa di surga pada
16.10.2025 umur 67 tahun.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment