Ulangan 16:16-17 Semua orang lelaki bangsa kamu mesti datang untuk beribadat kepada TUHAN, Allah kamu tiga kali setahun, di satu tempat ibadat: pada Perayaan Paska, Perayaan Menuai, dan Perayaan Pondok Daun. Setiap orang lelaki harus membawa persembahan menurut kemampuannya dan menurut banyaknya berkat yang sudah diberikan TUHAN, Allah kamu kepadanya.” Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Perayaan Paskah, Perayaan Menuai dan Perayaan Pondok Daun" Bab 16 kitab Ulangan Musa mengingatkan kembali perayaan Paska, Menuai dan Pondok Daun, semua perayaan dirayakan di satu tempat ibadah yang dipilih oleh TUHAN sendiri, iaitu di Yerusalem. Setiap tahun mereka datang merayakan pada masa itulah mereka membawa korban menyenangkan hati TUHAN, korban menghapus dosa, korban perdamaian dan sebagainya lebih kurang ada tujuh jenis korban. Mengikuti kemampuan seseorang jenis binatang korban jadikan korban menurut hukum. Hari ini gereja juga ada perayaan iaitu Krismas, Paskah dan Kesyukuran di sampingan perayaan lain. Tujuan perayaan itu supaya kita ingat akan TUHAN, ada kesedaran bersyukur, bertaubat, memberi dan sebagainya. Semoga kita ingat Perayaan Paska, Perayaan Menuai dan Perayaan Pondok Daun sesuai konteks kita di gereja. Doa: Tuhan Yesus tolong kami menghayati perayaan gereja sesuai perintah TUHAN. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 1.11.2025.

Comments

Popular Posts