Ulangan 12:2-3 Di tanah yang akan kamu duduki itu, musnahkanlah segala tempat penyembahan dewa di atas gunung yang tinggi, di atas bukit, dan di bawah pokok hijau, tempat bangsa yang tinggal di situ menyembah tuhan-tuhan mereka. Robohkan mazbah mereka dan hancurkan tiang-tiang batu keramat. Bakarlah lambang-lambang Dewi Asyera dan hancurkanlah patung-patung berhala mereka, supaya semuanya tidak lagi disembah di tempat-tempat itu. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Musnahkanlah segala tempat penyembahan dewa" Bab 12 kitab Ulangan Musa mengingatkan kembali umat Israel agar memusnahkan segala tempat penyembahan dewa di puncak gunung, bukit dan di bawah pokok (ay.2), robohkan mazbah, tiang-tiang, patung-patung dewa dan lambang-lambang dewi Asyera (ay.3). Suku kita juga asalnya memang menyembah rogon, pokok besar, hutan tebal, batu besar, tanah berair dan sebagainya dijadikan tempat memberi persembahan dengan harapkan rogon tidak menganggu manusia. Hari ini tiada lagi tempat penyembahan seperti itu diganti pula dengan penyembahan di gereja kepada TUHAN Tritunggal. Kita imani melindungi, memberkati dan memberi hidup kekal yang bahagia. Semoga kita musnahkanlah segala tempat penyembahan dewa, beribadah hanya kepada TUHAN Tritunggal sahaja. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 28.10.2025.

Comments

Popular Posts