Ulangan 5:14-15
tetapi hari yang ketujuh ialah hari rehat yang ditahbiskan untuk Aku. Pada hari itu satu pun tidak boleh bekerja: sama ada kamu, anak kamu, abdi kamu, ternakan kamu, atau orang asing yang tinggal di negeri kamu. Abdi-abdi kamu mesti berehat seperti kamu. Ingatlah bahawa dahulu kamu diperhamba di negeri Mesir, dan Aku TUHAN, Allah kamu, membebaskan kamu dengan kuasa dan kekuatan-Ku yang besar. Itulah sebabnya Aku memerintah kamu untuk merayakan hari Sabat.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Abdi-abdi kamu mesti berehat seperti kamu"
Bab 5 kitab Ulangan Musa menghimbau kisah TUHAN memberi Sepuluh Hukum antara yang disebut hari ketujuh adalah hari rehat ditahbis untuk kamu atau dikhas untuk kamu, abdi-abdi mesti berehat seperti tuannya (ay.14), orang Israel pun pernah menjadi hamba di Mesir (ay.15) mereka sudah tentu faham kenapa perlu berehat.
Syukur di negara kita hanya lima hari bekerja dalam seminggu untuk penjawat awam dan enam hari bekerja untuk pekerjaan swasta, bermaksud ada dua atau sehari rehat dalam seminggu.
Semoga kita faham hari rehat untuk manusia, bukan manusia untuk hari rehat, inti ajarannya ialah abdi-abdi kamu mesti berehat seperti kamu dalam masa yang sama datanglah beribadah kepada TUHAN untuk diberi pemulihan tubuh, jiwa dan roh kita.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat berhat sehari dalam seminggu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 21.10.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment