Bilangan 34:1-3 TUHAN memberi Musa perintah-perintah ini untuk umat Israel, “Apabila kamu masuk ke negeri Kanaan yang hendak Aku berikan kepada kamu, sempadan tanah itu adalah sebagai berikut. Di bahagian selatan sempadan itu bermula dari padang gurun Zin dan menyusuri sempadan Edom. Di sebelah timur sempadan itu bermula dari hujung selatan Laut Mati. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Sempadan tanah" Bab 34 kitab Bilangan kisah TUHAN memberi perintah kepada Musa tentang sempadan tanah untuk orang Israel. Ada perincian sempadan sebelah selatan, timur, barat dan utara. Tidak pasti adakah sempadan ini masih digunakan oleh mereka hari ini. Apa yang pasti TUHAN pernah memberikan tanah itu kepada orang Israel lebih kurang 4 ribu tahun yang lalu. Adakah pemberian itu kekal tidak disebut dalam bab ini. Bumi ini milik TUHAN Dia berhak memberikan tanah kepada siapa saja yang Dia mahu. Tugas kita mengusahakan tanah itu sebaik mungkin supaya ada hasil dan dalam masa yang sama tidak berlaku kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar. Semoga kita tahu sempadan tanah kita untuk menggelak pergaduhan. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat mengusahakan tanah yang Engkau beri kepada kami. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 14.10.2025.

Comments

Popular Posts