Ulangan 2:25
Mulai hari ini Aku akan menyebabkan bangsa-bangsa di mana sahaja, takut kepada kamu. Setiap orang akan gementar kerana ketakutan apabila mendengar nama kamu disebut.’ ”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Setiap orang akan gementar"
Bab 2 kitab Ulangan, Musa menghibau perjalanan umat Israel di kawasan orang Edom dan Moab, mereka tidak berperang melawan dua bangsa ini sebab ada pertalian darah dengan mereka. Edom keturunan Esau abang kembar Yakub, Moab pula keturunan Lot anak buah Abraham (ay.1-24)
Tetapi kawasan raja Sihon mereka rebut kerana atas perintah TUHAN (ay.26-37).
TUHAN yang menyebabkan bangsa lain gementar kerana ketakutan mendengar nama Israel (ay.25).
Hari ini pun bangsa seluruh dunia gementar terhadap negara Israel sebab TUHAN yang menyebabkan mereka gementar dan takut.
Semoga setiap orang akan gementar mendengar nama TUHAN Israel iaitu Tuhan Yesus.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya ada rasa gementar melakukan dosa.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 18.10.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment