Bilangan 31:1,8,15-16 TUHAN berfirman kepada Musa, termasuk lima orang raja Midian: Ewi, Rekem, Zur, Hur, dan Reba. Mereka juga membunuh Bileam anak Beor. Dia bertanya kepada mereka, “Mengapakah kamu tidak membunuh semua perempuan ini? Ingatlah bahawa kaum perempuanlah yang mengikut nasihat Bileam, sehingga menyebabkan orang Israel tidak taat kepada TUHAN di Peor. Hal itulah yang mendatangkan wabak kepada umat TUHAN. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mengikuti nasihat Bileam" Bab 31 kitab Bilangan kisah perintah TUHAN kepada Musa supaya membalas kejahatan orang Midian, tugasan terakhir Musa sebelum dia meninggal dunia (ay.1-2). Mungkin ini orang Midian yang lain dengan orang Midian mertua Musa. Dalam peperangan itu Bileam anak Beor juga terbunuh (ay.8), rupanya Bileam yang menasihati para perempuan Midian menggoda para lelaki orang Israel berzina dengan mereka yang menyebabkan wabak terhadap orang Israel kerana murka TUHAN (ay.16). Bileam tidak taat lagi kepada TUHAN itulah hukumannya. Semoga kita tidak mengikuti nasihat Bileam. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya taat kepada-Mu sehingga akhir hidup kami supaya tidak dihukum oleh TUHAN. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 11.10.2025.

Comments

Popular Posts