Bilangan 25:1-2 Semasa umat Israel berkhemah di Lembah Sitim, kaum lelaki mereka mula bersetubuh dengan perempuan Moab yang tinggal di sana. Perempuan-perempuan itu mengajak mereka ke pesta-pesta korban untuk menghormati tuhan mereka. Orang Israel juga makan daging daripada korban itu dan menyembah. Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Berkhemah di Lembah Sitim" Bab 25 kitab Bilangan kisah orang Israel berkhemah di Lembah Sitim, mungkin pertama kali mereka berkhemah berdekatan dengan bangsa lain selepas keluar dari Mesir. Apa yang berlaku orang lelaki mereka mula bersetubuh dengan perempuan Moab (ay.1) dan menyembah tuhan orang Moab, kedua perbuatan itu dilarang menurut perjanjian TUHAN dengan orang Israel di Gunung Sinai (Kel.20:1-17). Maka murkalah TUHAN terhadap mereka (ay.3) dan memerintah menangkap semua pemimpin umat dan bunuh mereka pada siang hari (ay.4). Cucu imam Harun yang bernama Pinehas anak Eleazar membunuh sepasang pezina dalam khemah iaitu lelaki orang Israel dan perempuan orang Midian, sebab tindakan itu dia telah meredakan murka TUHAN dan TUHAN berjanji untuk selama-lamanya Dia dan keturunannya akan menjadi imam (ay.12-13). Hari ini berapa kali kita melanggar perintah TUHAN tetapi darah Tuhan Yesus yang meredakan murka-Nya. Semoga kita tidak mengulang peristiwa orang Israel berkhemah di Lembah Sitim. Doa: Tuhan Yesus sekali lagi sucikan kami dengan darah-Mu supaya murka TUHAN reda terhadap kami yang berdosa ini. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 5.10.2025.

Comments

Popular Posts