BMDC BILANGAN 1:53-54
Tetapi orang Lewi harus berkhemah di sekeliling Khemah-Ku untuk mengawalnya supaya tiada sesiapa pun akan menghampirinya, lalu menyebabkan Aku murka dan menghukum umat Israel.” Maka umat Israel melakukan segala yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tiada siapa pun yang akan menghampirinya"
Bab 1 kitab Bilangan ialah membilang atau membanci orang Israel lelaki yang berumur 20 ke atas yang layak menjadi askar (ay.2-3), kebanyakan negara hari ini ada khidmat negara yang berumur 20 ke atas mungkin diambil dari ayat ini.
Jumlah mereka adalah 603550 orang (ay.20-46).
Kita dapat bayangkan jumlah keseluruhan orang Israel pada masa itu lebih kurang 2 juta orang, orang Lewi tidak termasuk dalam banci itu, sebab mereka ditugaskan untuk mengurus Khemah TUHAN dan berkhemah di sekelilingnya (ay.47-50), mereka juga menjadi agar tiada sesiapa pun yang menghampiri Khemah TUHAN yang menyebabkan TUHAN murka dan menghukum umat Israel (ay.53).
Begitulah TUHAN menjadi kesucian Khemah-Nya, tidak ada yang boleh menghampiri kalau tanpa membawa korban untuk beribadat selain orang Lewi dan para imam yang bertugas.
Hari ini kita tidak ada lagi peraturan ketat seperti itu di gereja tetapi perlu dibezakan kelakuan dan sikap hati ketika menghampiri gereja atau masuk dalam gereja berbanding bangunan lain.
Semoga kita faham tiada siapa pun yang akan menghampirinya iaitu gereja kecuali mereka yang diundang oleh TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus layakkan kami menghampiri-Mu setiap hari.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 11.9.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment