BMDC BILANGAN 12:15-16 Miryam dikeluarkan dari perkhemahan selama tujuh hari, dan umat Israel tidak memindahkan perkhemahan sehingga Miryam dibawa masuk semula. Kemudian mereka meninggalkan Hazerot, lalu berkhemah di padang gurun Paran. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Meninggalkan Hazerot" Bab 12 kitab Bilangan kisah apa yang berlaku di Hazerot salah satu tempat perkhemahan orang Israel. Harun dan Miryam mencela Musa kerana berkahwin dengan seorang perempuan Kus (ay.1) mungkin perkahwinan kedua atau itulah isteri Musa anak Yitro itu. Sikap iri mereka kerana TUHAN berfirman kepada Musa sahaja tetapi kepada mereka tidak, sedangkan mereka adik beradik (ay.2) kenapa perlu iri. Tetapi TUHAN membela Musa dan menghukum Miryam dengan penyakit kulit yang mengerikan (ay.10), selama 7 hari dia di keluarkan dari perkhemahan (ay.15). Inilah yang berlaku di perkhemahan Hazerot kemudian mereka meninggalkan Hazerot ke padang gurun Paran (ay.16). Hari ini pun setiap persinggahan hidup kita ada saja peristiwa yang berlaku mungkin dicela, difitnah, salah faham dan sebagainya tetapi kalau kita benar TUHAN membela kita. Semoga kita meninggalkan Hazerot dengan hati yang damai. Doa: Tuhan Yesus bela kami saat kami dicela. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 22.9.2025.

Comments

Popular Posts