BMDC BILANGAN 5:29-31 Itulah peraturannya apabila seorang lelaki cemburu dan curiga bahawa isterinya sudah berzina. Perempuan itu harus disuruh berdiri di hadapan mazbah dan imam harus melakukan upacara itu. Suami itu tidak bersalah; jika isteri itu bersalah, dia mesti menanggung akibatnya. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Seorang lelaki cemburu dan curiga" Bab 5 kitab Bilangan peraturan tentang orang najis di kalangan umat Israel, mesti di keluarkan dari perkhemahan (ay.1-4). Kemudian peraturan ganti rugi yang dibayar oleh umat yang tidak setia kepada TUHAN, menjadi milik TUHAN (ay.5-10). Kemudian peraturan lelaki yang curiga kepada isterinya menyangka tidak setia dan melakukan persetubuhan dengan lelaki lain, lelaki itu perlu membawa isteri kepada imam, membawa persembahan dan imam memberi air kutuk kepada isterinya itu, kalau dia berzina perutnya akan sakit dan mengembung serta kemaluannya mengecut selepas meminum air kutuk, tetapi kalau tidak tiada apa-apa yang berlaku (ay.11-30). Begitulah beberapa peraturan yang disebut, hari ini gereja tidak sejauh itu menghukum anggota jemaah, walaupun bagaimanapun salah tetap salah dan perlu bertaubat segera. Pertaubatan yang kita mahu bukan hukuman. Semoga kita bukan seorang lelaki cemburu dan curiga isteri. Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati yang setia kepada suami atau isteri supaya tidak ada cemburu dan curiga. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 15.9.2025 Selamat bercuti umum sambutan hari Malaysia.

Comments

Popular Posts