BMDC IMAMAT 26:44
Walaupun demikian, semasa mereka di negeri musuh, Aku tidak akan meninggalkan ataupun membinasakan mereka sama sekali. Jika Aku berbuat begitu, tindakan itu akan membatalkan perjanjian-Ku dengan mereka, sedangkan Aku ini TUHAN, Allah mereka.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tidak akan meninggalkan ataupun membinasakan" Bab 26 kitab Imamat tentang berkat kerana taat dan hukuman kerana tidak taat. Ucapkan berkat kerana taat sangat menyenangkan inilah yang disebut ada damai sejahtera atau keamanan (ay.6) dalam bahasa Ibrani shalom.
Tidak ada cara lain mendapat damai sejahtera selain mentaati perintah TUHAN.
Sebaliknya kalau tidak mentaati perintah TUHAN akan berlaku hukuman (ay.14) tiadalah damai sejahtera atau shalom semua akan kucar-kacir.
Hari ini berapa ramai hidup dalam damai sejahtera dan berapa ramai yang hidup dalam keadaan kucar-kacir?
Masa untuk bertaubat kalau tiada damai sejahtera dalam hidup, TUHAN tidak membinasakan kita tetapi mahu kita bertaubat.
Semoga kita ingat TUHAN tidak akan meninggalkan ataupun membinasakan kita.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat mentaati perintah-Mu supaya kami ada damai sejahtera dalam hidup.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 9.9.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment