BMDC IMAMAT 24:10-11 Di perkhemahan orang Israel, ada seorang lelaki. Bapanya orang Mesir dan ibunya orang Israel yang bernama Selomit anak Dibri daripada suku Dan. Pada suatu hari orang itu berkelahi dengan seorang Israel di perkhemahan. Semasa mereka bertengkar, dia mengutuk Allah. Oleh itu orang Israel membawa dia menghadap Musa, Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Jangan mengutuk TUHAN" Bab 24 kitab Imamat peraturan tentang pelita yang mesti dinyalakan setiap malam di dalam Khemah TUHAN di hadapan tirai bilik Tabut Perjanjian, minyak pelita adalah minyak zaitun tulen yang terbaik (ay.1-4). Kemudian peraturan persembahan makanan kepada TUHAN, iaitu 12 roti setiap satu dibuat daripada 2 kilo tepung terbaik, menjadi makanan para imam, roti itu persembahkan kepada TUHAN setiap hari Sabat (ay.5-9). Kemudian hukuman terhadap orang menghujat TUHAN iaitu dihukum mati, dengan cara direjam sampai mati (ay.10-23). Begitulah kejam hukum Taurat, Sefanus juga direjam sampai mati, kerana dianggap menghujat TUHAN dalam khutbahnya pada zaman para rasul (Kis.7). Tuhan Yesus juga dihukum mati sebab dianggap menghujat TUHAN kerana menyebut TUHAN itu Bapa dan menyamakan diri dengan TUHAN. Tetapi para pemimpin agama salah menafsir mana menghujat mana yang memuliakan TUHAN. Semoga kita jangan menghujat TUHAN. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya tidak menghujat TUHAN walaupun apa juga keadaan kami. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 7.9.2025.

Comments

Popular Posts