BMDC IMAMAT 19:17-18 Jangan berdendam terhadap sesiapa pun. Selesaikanlah perselisihan kamu dengan dia, supaya kamu tidak berdosa kerana orang itu. Jangan balas dendam terhadap sesiapa pun, atau terus-menerus membenci orang. Kasihilah sesama kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri. Akulah TUHAN. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema " Jangan terus menerus membenci orang" Bab 19 kitab Imamat pelbagi larangan yang TUHAN berikan kepada orang Israel, sebab kenapa Dia mahu mereka suci sebab TUHAN suci. Mendahului semua perintah supaya suci ialah menghormati ibu dan bapa (ay.3), biasanya mereka yang diberkati hidupnya baik secara material, rohani atau kesihatan mereka ada hubungan baik dengan ibu bapa dan orang lain, di mana saja berada tidak menimbulkan masalah malah sangat menyenangkan. Kemudian perintah lain yang TUHAN sebut mengasihi sesama seperti diri sendiri, tidak berdendam dan terus-menerus membenci orang lain (ay.18). Penyakit terus-menerus membenci orang lain boleh mencemarkan kesucian, tetapi agak susah tidak membenci kalau ada pengalaman yang menyakitkan kita yang pernah dilakukan oleh seseorang. Semoga kita jangan terus-menerus membenci lebih baik mengasihi supaya kesucian kita tidak tercembar. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami yang lemah ini, supaya tidak terus-menerus membenci. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 2.9.2025.

Comments

Popular Posts