Bilangan 14:36-38
Orang yang diutus oleh Musa untuk menjelajahi tanah itu memberikan laporan yang tidak benar, dan hal itu menyebabkan umat Israel bersungut terhadap TUHAN. Oleh itu TUHAN menghukum mereka dengan penyakit, lalu mereka meninggal. Hanya Yosua dan Kaleb yang masih hidup di kalangan dua belas orang pengintip itu.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Laporan yang tidak benar" Bab 14 kitab Bilangan sambungan kisah para pengintip memberi laporan tidak benar kepada orang Israel sehingga mereka tidak mahu meneruskan perjalanan ke tanah Kanaan, malah hendak kembali ke Mesir (ay.4), Kaleb dan Yosua cuba mententeramkan mereka dengan memberi semangat bahawa dapat mengalah penduduk Kanaan dengan mudah kerana TUHAN menyertai mereka (ay.9), tetapi orang Israel malah mengancam merejam Kaleb dan Yosua sampai mati (ay.10).
Begitulah besar pengaruh laporan yang tidak benar oleh sepuluh pengintip itu.
TUHAN menghukum mati mereka semua kecuali Kaleb dan Yosua (ay.36-38).
Hari ini laporan kita sangat berpengaruh terhadap iman jemaah, tidak memberi laporan yang benar tentang TUHAN boleh jadi jemaah bersungut dan kita sendiri boleh dihukum oleh TUHAN.
Semoga kita tidak memberi laporan yang tidak benar tentang TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus ajarlah kami memberi laporan yang benar tentang TUHAN kepada orang lain.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 24.9.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment