BMDC BILANGAN 8:23-25 TUHAN berfirman kepada Musa, “Setiap orang Lewi yang berumur dua puluh lima tahun ke atas, harus menjalankan tugasnya di Khemah-Ku. Apabila seorang Lewi berumur lima puluh tahun, dia dibebaskan daripada tugasnya. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dia bebas daripada tugasnya" Bab 8 kitab Bilangan peraturan penyucian dan pentahbisan orang Lewi (ay.5-26) dan peraturan meletakan pelita pada kaki pelita (ay.2-4). Semua perkara yang berlaku pada umat Israel merupakan perintah dan petunjuk TUHAN tugas Musa dan Harun menyampaikan dan melaksanakan. Orang Lewi ada had umur pelayanan wajip mereka tidak seperti imam yang melayani sepanjang hidup. Hari ini gereja menghadkan umur bersara gembala seperti dalam perkhidmatan awam iaitu 56-60 tahun, selama tempoh itu caruman KWSP wajip. Tujuan supaya ada pendapatan ketika bersara. Walau bagaimanapun bagi gembala atau orang awam yang ditahbis, pelayanan mereka adalah seumur hidup. Jadi fikir masak-masak kalau mahu menerima tahbisan sebab itu sumpah seumur hidup dan kalau gagal menjadi batu sandung kepada umat. Semoga kita seperti orang Lewi dia bebas daripada tugasnya pada usia 50 tahun untuk tugas wajip dan penuh masa. Doa: Tuhan Yesus kuat kami supaya seperti orang Lewi mampu menjadi pelayan di Khemah TUHAN. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 18.9.2025.

Comments

Popular Posts