Bilangan 20:18-20
Tetapi orang Edom menjawab, “Kami tidak membenarkan kamu melalui tanah kami! Jika kamu nekad juga, kami akan menyerang kamu.” Orang Israel berkata, “Kami akan melalui jalan raya sahaja. Jika kami atau ternakan kami minum air kamu, kami akan membayarnya. Kami mahu lalu sahaja.” Orang Edom berkata lagi, “Tidak boleh!” Kemudian mereka keluar dengan tentera yang kuat untuk menyerang orang Israel.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tidak boleh" Bab 20 kitab Bilangan ada beberapa peristiwa penting berlaku, orang Israel sekali lagi berada di Kades (ay.1) selepas sekian lama mereka meninggalkan tempat itu.
Musa dan Harun tidak dibenarkan oleh TUHAN membawa masuk orang Israel ke tanah Kanaan sebab mereka tidak mematuhi perintah TUHAN ketika diperintahkan berkata kepada batu untuk mengeluarkan air, tetapi Musa memukul batu bukan berkata sahaja (ay.8,11).
Miryam meninggal di Kades (ay.1) dan Harun meninggal di gunung Hor, Eleazar menggantikan Harun sebagai imam (ay.27-28).
Kemudian peristiwa orang Edom tidak membenarkan orang Israel melalui tanah mereka walaupun dibayar malah sudah bersedia menyerang orang Israel (ay.18-20), mungkin dendam Esau masih belum hilang terhadap Yakub sehingga dendam dibawa kepada keturunannya walaupun sudah 400 tahun berlalu. Masih lagi tidak boleh berdamai.
Semoga kita berusaha berdamai dengan ahi keluarga atau kawan-kawan jangan lagi berkata tidak boleh berdamai.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya boleh berdamai.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 30.9.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment