BMDC IMAMAT 23:2-3
peraturan-peraturan ini kepada Musa tentang perayaan-perayaan agama yang mesti diisytiharkan sebagai masa untuk beribadat. Ada enam hari untuk kamu bekerja, tetapi ingatlah bahawa hari ketujuh, iaitu hari Sabat, adalah hari rehat. Jangan bekerja pada hari itu, tetapi berkumpullah untuk beribadat. Hari Sabat itu hari yang dikhaskan bagi TUHAN, di mana sahaja kamu tinggal.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Berkumpullah untuk beribadat" Bab 23 kitab Imamat tentang peraturan perayaan-perayaan agama yang mesti diisytiharkan sebagai masa untuk beribadat (ay.2). Perayaan pertama ialah hari Sabat (ay.3) berlaku setiap minggu pada hari ketujuh. Kemudian Perayaan Paskah yang dirayakan pada hari keempat belas pada bulan pertama (ay.5). Kemudian Perayaan Roti Tidak Beragi bermula pada hari lima belas, selama tujuh hari pada bulan pertama (ay.6-8).
Kemudian Perayaan Menuai (ay.15-22) kira-kira pada pertengahan tahun apabila tuaian pertama. Kemudian Perayaan Tahun Baharu yang berlaku pada hari pertama bulan ketujuh (ay.23-25). Kemudian Perayaan Hari Pengampunan Dosa (ay.26-32) yang berlaku pada hari kesepuluh bulan ketujuh.
Kemudian Perayaan Pondok Daun (ay.33-43) dirayakan selama tujuh hari, umat Israel tinggal di pondok daun, bermula pada hari kelima belas pada bulan ketujuh.
Begitulah peraturan perayaan-perayaan umat Israel, pada zaman kita masih ada perayaan gereja yang utama iaitu Paskah, Kesyukuran dan Krismas. Sama seperti umat Israel perayaan itu panggilan untuk beribadat, perayaan ibadat hari minggu dirayakan setiap minggu, walaupun kita tidak menganggap sebagai perayaan.
Semoga kita dapat merayakan perayaan dan berkumpullah untuk beribadat.
Doa: Tuhan Yesus ajarlah kami setiap kali kami berkumpul beribadat merupakan perayaan di hadapan TUHAN.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 6.9.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment