Bilangan 19:1-3 TUHAN memerintah Musa dan Harun untuk memberi umat Israel peraturan berikut. Seekor lembu betina merah yang tidak ada cacat dan yang belum pernah digunakan untuk bekerja harus diberikan kepada Musa dan Harun. Kemudian Musa dan Harun akan menyerahkan lembu itu kepada Imam Eleazar. Lembu itu harus dibawa ke luar perkhemahan dan disembelih di hadapan Imam Eleazar. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Lembu betina merah" Bab 19 kitab Bilangan satu lagi jenis korban yang diperintahkan oleh TUHAN iaitu korban lembu betina merah, agak unik sebab biasanya lembu jantan dan dibakar di atas mazbah di hadapan Khemah TUHAN, tetapi ini tidak, dibakar di luar perkhemahan semua bahagian lembu dibakar habis (ay.2,3), Harun dan Musa yang menyerahkan lembuh itu kepada imam Eleazar, imam Eleazar mengambil sedikit darah lembu itu kemudian dipercik ke arah Khemah TUHAN menggunakan jarinya sebanyak tujuh kali (ay.4). Abu lembu itu diceduk dan disimpan di luar perkhemahan digunakannya untuk penyediaan air penyucian untuk menghapus dosa (ay.9). Begitulah upacara korban lembu betina mereka. Semoga kita faham lembu betina merah ibarat Tuhan Yesus yang dikorban di luar perkhemahan untuk menghapus dosa umat. Doa: Tuhan Yesus tolong kami menghargai korban lembu betina merah. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 29.9.2025

Comments

Popular Posts