BMDC IMAMAT 22:25 Jangan persembahkan binatang apa pun sebagai persembahan makanan, jika binatang itu diperoleh daripada orang asing. Binatang itu dianggap cacat dan tidak dapat diterima. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dianggap cacat" Bab 22 kitab Imamat perintah tentang kesucian korban, hanya keluarga imam boleh makan dan hamba yang dibeli oleh imam (ay.10-11). Rupanya hamba sebahagian keluarga imam, teringat saya kita pun sudah dibeli dengan darah Tuhan Yesus (Why.5:9), sebab itulah kita boleh makan buah dan daun pokok kehidupan yang menyembuhkan di Syurga (Why.22:2). Walaupun keluarga imam kalau menjadi najis tidak boleh makan korban (ay.6). Binatang yang diperoleh dari orang asing tidak boleh dipersembahkan kerana dianggap cacat (ay.25). Begitulah sucinya korban itu, khas untuk orang Israel sahaja bangsa lain tidak ada bahagian. Hari ini melalui korban darah Tuhan Yesus kita menjadi sebahagian keluarga besar imam ada hak makan dari korban persembahan itu. Tetapi kesucian perlu dijaga, iaitu iman dan perbuatan. Semoga persembahan kita tidak lagi dianggap cacat di gereja kerana dari sumber yang suci bukan tercembar. Doa: Tuhan Yesus ajarlah kami memberi persembahan yang tiada cacat. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 5.9.2025.

Comments

Popular Posts