BMDC BILANGAN 2:34 Maka orang Israel melakukan semua yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Mereka berkhemah di bawah panji masing-masing, dan mereka berangkat bersama dengan puak masing-masing. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Di bawah panji masing-masing" Bab 2 kitab Bilangan petunjuk TUHAN kepada Musa dan Harun bagaimana orang Israel berkhemah iaitu mengikuti kumpulan suku mereka, di bahagian Timur, diketuai oleh suku Yehuda (ay.3-9), di bahagian selatan diketuai oleh suku Ruben (ay.10-16), bahagian barat diketahui oleh suku Efraim (18-20) dan bahagian utara diketahui oleh suku Dan (ay. 24-31). Mereka bergerak pun mengikuti kumpulan suku mereka, suku Lewi berada di antara kumpulan suku Timur dan suku selatan (ay.17). Sebenarnya itulah lebih kurang formasi pembahagian tanah Kanaan. TUHAN sudah awal-awal lagi membiasakan mereka berada di kawasan masing-masing atau panji masing-masing. Hari ini pembahagian kawasan pelayanan sangat penting demi kelancaran, mengelak pertindihan atau terabai satu-satu kawasan. Semoga kita berada di bawah panji masing-masing dalam pelayanan. Doa: Tuhan Yesus ajarlah kami taat pada ketua panji kami iaitu Engkau sendiri. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 12.9.2025.

Comments

Popular Posts