BMDC BILANGAN 9:22-23 Jika awan itu berada di atas Khemah TUHAN selama dua hari, satu bulan, satu tahun, atau lebih lama daripada itu, selama itulah mereka tinggal di tempat itu. Tetapi apabila awan itu naik, mereka berangkat. Mereka tinggal di satu tempat dan berpindah ke tempat lain menurut perintah TUHAN yang disampaikan-Nya melalui Musa. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Apabila awan itu naik" Bab 9 kitab Bilangan perintah merayakan paska pada bulan pertama hari keempat belas (ay.1-5), mereka yang najis pada masa itu tidak boleh merayakan tunggu bulan berikut pada hari yang sama (ay.11), orang asing pun boleh merayakan Paska peraturan yang sama (ay.14), umat Israel yang tidak mahu merayakan Paska bukan sebab dia najis pada masa itu tidak lagi dianggap umat TUHAN (ay.13). Umat Israel meneruskan perjalanan bergantung pada awan yang berada di atas Khemah TUHAN, kalau awan itu naik mereka akan berangkat dan kalau awan itu berhenti mereka berkhemah (ay.22-23). Begitulah kisah perjalanan umat Israel di padang gurun. Hari ini kita pun seperti mereka berangkat dari satu hari ke satu hari menjalani kehidupan ibarat mengikuti awan terpulanglah awan mana satu yang kita ikut, awan Khemah TUHAN atau awan lain. Semoga kita peka apabila awan itu naik kita berangkat. Doa: Tuhan Yesus ingatkan kami apabila perlu berangkat supaya tidak ketinggal. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 19.9.2025.

Comments

Popular Posts