Roma 8:9-10 (AVB) Tetapi kamu dikawal bukan oleh sifat tabii yang berdosa tetapi oleh Roh, jika Roh Allah hidup dalam dirimu. Dan jika seseorang tidak ada Roh Kristus, dia bukanlah milik Kristus. Sebaliknya jika Kristus ada dalam dirimu, tubuhmu mati kerana dosa, namun rohmu hidup kerana perbenaran. Kopivosihan dan selamat menyambut tahun baharu 2025. Hari ini kita belajar tentang "Roh Kristus" Bab 8 surat Roma berkisar tentang kehidupan yang dipimpin oleh Roh Kudus, peribadi TUHAN yang telah membangkitkan Kristus dari kematian, Ia juga akan membangkitan kita (ay.11). Bukan itu sahaja Roh Kudus itu membuatkan kita tidak dikawal oleh tabii yang berdosa tetapi tabii Roh (ay.9) mungkin maksud Paulus ada buah-buaj Roh yang disebutnya dalam Galatia 5:22, mereka yang memiliki Roh itu adalah milik Kristus (ay.9), sebab itu tiada hukuman bagi mereka yang ada di dalam Kristus (ay.1). Bukanlah sebab kekuatan kita sendiri atau hasil usaha kita tetapi kerana perbuatan Roh Kudus yang ada dalam diri kita. Mari kita belajar Roh Kristus ialah Roh Kudus yang memimpin kita supaya tidak dikawal oleh tabii yang berdosa. Tahun baharu disambut dengan tabii Roh Kristus yang tidak mahu berdosa lagi. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 1.1.2025.

Comments

Popular Posts