Kisah Para Rasul 19:9-10 (AVB) Akan tetapi, beberapa orang berkeras hati dan tidak mahu percaya malah memburuk-burukkan Jalan Tuhan di hadapan orang ramai. Oleh itu, Paulus meninggalkan mereka lalu membawa murid-murid Yesus bersamanya ke dewan syarahan Tiranus dan di situlah dia mengadakan perbincangan.
Hal itu berlaku selama dua tahun, hingga semua penduduk Asia, baik orang Yahudi mahupun orang Yunani, telah mendengar firman Tuhan.
Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tentang "Selama dua tahun" Bab 19 kitab Kisah Para Rasul cerita penginjilan Paulus di Efesus selepas dia berada setahun setengah di Korintus, pelayanan di sana diteruskan oleh Apolos (ay.1). Agak lama juga Paulus memberitakan Injil di Efesus dan kawasan sekitarnya mungkin tujuh jemaah yang disebut dalam kitab Wahyu itu, selama dua tahun semua penduduk di Asia orang Yahudi dan Yunani telah mendengar firman Tuhan (ay.10). Paulus dan pasukan penginjilannya konsistan memberi syarahan di dewan syarahan Tiranus di Efesus (ay.9) selama dua tahun (ay.10). Hari ini pelayanan yang konsistan atau setia itu yang kita mahu sebab akan membuahkan hasil, banyak kejayaan dicapai kerana setia melakukannya setiap hari. Seperti berdoa, membaca Alkitab, membuat renungan dan sebagainya.
Mari kita belajar selama dua tahun Paulus memberi syarahan di dewan syarahan Tiranus di Efesus dengan setia, dia berjaya memberitakan injil kepada semua orang di Asia, kita pun boleh berbuat sesuatu secara tetap dalam pelayanan agar ada hasil yang akan dituai.
Ibadah Krismas yang sejati ialah setia melakukan pelayanan.
Selamat beribadah.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
15.12.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment