Kisah Para Rasul 17:4-5 (AVB) Beberapa orang di situ percaya lalu bersahabat dengan Paulus dan Silas; antara mereka terdapat sebilangan besar orang Yunani yang takut akan Allah serta cukup ramai wanita yang terkemuka.
Tetapi orang Yahudi berasa dengki lalu mengumpulkan orang jahat dan memulakan huru-hara di kota itu; mereka menyerang rumah Yason untuk membawa keluar rasul-rasul itu menghadap orang ramai.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Cukup ramai wanita yang terkemuka" Bab 17 kitab Kisah Para Rasul cerita perjalanan penginjilan Paulus yang kedua, atas pimpin Roh Kudus rombongan mereka pergi ke Yunani salah satu Kota besar yang mereka kunjungi ialah Tesalonika (ay.1) Paulus berada di sana tiga Sabat berturut-turut berbincang tentang ayat-ayat kitab suci (ay.2), sudah tentu kitab Perjanjian Lama bahawa Tuhan Yesuslah yang dikatakan dalam kitab tersebut. Orang Yahudi tidak percaya tetapi orang Yunani pula yang percaya malah cukup ramai wanita dari golongan atasan (terkemuka) yang percaya (ay.4).Orang Yahudi menolak tetapi golongan atasan Yunani pula menerima, timbulah rasa dengki orang Yahudi, mereka membuat hura-hara di kota Tesalonika (ay.5).
Hari ini di gereja cukup ramai wanita golongan atasan yang melayani seperti golongan professional dan usahawan, tidak lagi hanya mereka yang dari seminari, ini juga boleh menimbulkan dengki kalau tidak berhati-hati.
Mari kita belajar cukup ramai wanita terkemuka melayani di gereja hari ini, berhati-hatilah jangan ada dengki di hati kita.
Krismas yang sejati ialah tiada dengki melihat isteri atau suami melayani.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
13.12.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment