Kisah Para Rasul 18:9-11 (AVB) Pada suatu malam Tuhan berfirman kepada Paulus dalam satu penglihatan, “Jangan takut, berkata-katalah terus dan jangan berhenti, kerana Aku menyertaimu. Tiada seorang pun akan dapat mencederakanmu, kerana ramai orang di kota ini umat-Ku.” Paulus tinggal di situ setahun setengah sambil menyebarkan firman Allah kepada orang di situ. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Jangan takut berkata-katalah terus" Bab 18 kitab Kisah Para Rasul cerita penginjilan Paulus di Korintus agak lama dia berada di sana mungkin Lukas bersamanya yang pasti Akwila dan isterinya yang bernama Priskila (ay.2) bersama dengan Paulus masa itu sebelum Silas dan Timotius menyusul dari Makedonia (ay.5). Agak lama Paulus berada di Korintus satu tahun setengah (ay.11). Konfilik dengan orang Yahudi yang menolak Injil selalu berlaku, di Korintus pun mereka membuat kacau kali ini mereka menyerang Paulus dengan mengatakan dia mengajar menyembah TUHAN bercanggah dengan Taurat (ay.13) mereka membawa Paulus di hadapkan Galio (ay.14) tetapi pemerintahan itu tidak mahu terlibat dan menyuruh mereka urus hal yang berkaitan dengan agama mereka (ay.14). Paulus tidak diapa-apakan tetapi ketua rumah ibadah di sana mereka pukul. Begitulah jahatnya orang Yahudi yang fanatik. Paulus diberi kekuatan oleh Tuhan Yesus agar terus berkata-kata dan memberi jaminan tidak akan dicederakan kerana di kota Korintus ramai orang Kristian (ay.9-10). Mari kita belajar seperti Paulus jangan takut berkata-katalah terus tentang Tuhan Yesus (Injil). Krismas yang sejati tidak takut berkata-kata tentang Injil dalam lagu, perbualan dan perhiasan Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 14.12.2024.

Comments

Popular Posts