Kisah Para Rasul 24:25-26 (AVB) Apabila Paulus bercakap tentang perbenaran, tentang penguasaan diri, dan tentang hukuman yang akan datang pada hari kemudian, Feliks ketakutan lalu berkata, “Pergilah sekarang. Apabila ada kesempatan nanti, aku akan memanggilmu lagi.” Dalam pada itu dia berharap Paulus akan memberikan wang kepadanya. Oleh itu, dia kerap kali menyuruh orang memanggil Paulus lalu bercakap dengannya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Berharap Paulus akan memberikan wang" Bab 24 kitab Kisah Para Rasul cerita perbicaraan Paulus di Kaisarea mungkin di negara Siria pada masa sekarang, di hadapan gebenor Feliks (ay 1-2), Imam besar iaitu Ananias dan beberapa pemimpin mendakwanya melalui peguam Tertulus (ay.1-2). Selepas Feliks mendengar tuduhan dan ucapan pembelaan Paulus dia menanguhkan perbicaraan (ay.22), kemudian menahan Paulus tetapi banyak kebebasan diberikan, dibenarkan ada pelawat (ay.23). Feliks dan isteri juga berkunjung untuk mendengar ajaran Paulus tetapi dalam masa yang sama dia berharap Paulus memberi dia wang (ay.24-26) mungkin membebaskan Paulus kalau Paulus memberi dia wang. Rasuah ada disepanjang zaman, sekarang pun masih ada, kita dapat bayangkan perbicaraan di mahkamah pun wujud rasuah menyebabkan keadilan dinafikan. Tuhan Yesus akan datang sebagai hakim (Why. 19:11) tidak ada lagi rasuah, keadian TUHAN akan dinyatakan menurut perbuatan seseorang (Why. 20:13). Mari kita belajar tidak seperti gebenor Feliks berharap Paulus akan memberikan wang kepadanya sebagai rasuh untuk membebaskan dia. Krismas yang sejati tanpa mengharap pemberian wang sebagai imbuhan melakukan pelayanan. Damai sejahtera di sanubari kita. Merry Christmas. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 20.12.2024.

Comments

Popular Posts