Roma 7:4, 6 (AVB) Oleh itu, saudara-saudaraku, kamu juga telah mati kepada hukum Taurat melalui tubuh Kristus, supaya kamu menjadi milik kepada yang lain, iaitu kepada Dia yang telah dibangkitkan daripada kematian, dan dengan demikian kita dapat menghasilkan buah kepada Allah.
Tetapi sekarang, kita telah mati kepada apa yang membelenggu kita dahulu, maka kita telah dibebaskan daripada hukum untuk berkhidmat dalam cara baru Roh, tidak lagi dalam cara lama yang berasaskan peraturan bersurat.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Berasaskan peraturan bersurat" Bab 7 surat Roma berkisar tentang dibebaskan daripada hukum yang mengikat kerana kematian Tuhan Yesus (ay.4) dan kebangkitan Dia dari kematian membolehkan kita melakukan perbuatan baik dengan kekuatan Roh Kudus (ay.6). Bukan mudah orang Yahudi menerima konsep ini tanpa pertolongan Roh Kudus, begitu juga pengamal agama tradisi seperti nenek moyang kita. Kematian dan kebangkitan Tuhan Yesus ada kena mengena dengan hukuman Taurat dan agama tradisi begitu juga pada agama lain, seperti Islam, Buddha, Hindu dan sebagainya.
Bagi agama tradisi Rungus Tuhan Yesus mengatasi semua kekuatan roh-roh yang menguasai dunia orang Rungus, sebab itulah mereka tertarik menjadi orang Kristian.
Mari kita belajar perbuatan baik kita bukan kerana berasaskan peraturan bersurat tetapi dari dalam hati kita yang telah menerima kuasa kematian dan kebangkitan Tuhan Yesus.
Tahun baharu disambut dengan melakukan kebaikan bukan lagi kerana peraturan tetapi kemahuan sendiri tanpa dipaksa.
Damai sejahtera di sanubari kita.
Happy New Year 2025.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
31.12.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment