Kisah Para Rasul 27:10-12 (AVB) “Saudara-saudara, pada pandanganku, jika kita belayar, banyak bencana dan kerugian akan menimpa, bukan sahaja kapal ini dan muatannya malah nyawa kita juga.” Tetapi ketua tentera itu lebih mempercayai kata pengemudi dan pemilik kapal itu daripada kata Paulus. Pelabuhan itu memang tidak selesa untuk tinggal sepanjang musim dingin. Oleh itu, kebanyakan mereka hendak meneruskan pelayaran dengan harapan akan sampai ke Feniks lalu tinggal di situ, di pelabuhan di Pulau Kreta yang menghadap barat daya dan barat laut. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Lebih mempercayai kata pengemudi dan pemilik kapal itu berbanding daripada kata Paulus" Bab 27 kitab Kisah Para Rasul cerita pelayaran Paulus ke Roma untuk diadili di hadapan kaisar. Dia dan beberapa tahanan yang lain diserahkan kepada ketua askar yang bernama Yulius (ay.1). Pelayaran mereka berjalan lancar sehingga tiba di Mira tanah Likia, kemudian ketua askar itu menumpangkan mereka ke kapal lain yang belayar ke Itali (ay.5-6). Pelayaran berjalan agak sukar untuk tiba di pulau Kreta yang bernama pelabuhan Lindungan Indah (ay.7-8). Paulus memberi nasihat agar tidak meneruskan pelayaran memandangkan keadaan laut yang tidak baik (ay.10) tetapi ketua askar itu lebih mempercayai pengemudi dan pemilik kapal berbanding kata Paulus (ay.11). Mereka pun meneruskan pelayaran dan terjadilah kesukaran yang hampir meragut nyawa para penumpang. Semua itu tidak akan berlaku kalau mereka mendengar nasihat Paulus, dalam kehidupan kita banyak kesusahan yang dialami antara penyebab salah mendengar nasihat. Mari kita belajar jangan salah mendengar nasihat seperti ketua askar yang membawa Paulus lebih mempercayai kata pengemudi dan pemilik kapal berbanding kata Paulus, dalam konteks kita hari ini nasihat Tuhan Yesus yang kita dapati melalui pembacaan Alkitab atau khutbah para hamba TUHAN itulah yang kita dengar. Krismas yang sejati ialah mendengar nasihat Tuhan Yesus sang Penasihat Ajaib itu (Yes. 9:6). Damai sejahtera di sanubari kita. Merry Christmas. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 23.10.2024.

Comments

Popular Posts