Kisah Para Rasul 9:15-16 (AVB) Namun demikian, Tuhan berkata, “Pergilah, kerana Aku telah memilihnya sebagai alat pilihan-Ku untuk mengkhabarkan nama-Ku kepada bangsa-bangsa asing, raja-raja, dan umat Israel.
Aku akan menunjukkan kepadanya segala kesengsaraan yang akan ditanggungnya kerana nama-Ku.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Aku telah memilihnya" Bab 9 kitab Kisah Para Rasul cerita tentang bagaimana Saul bertaubat selepas dia bertemu dengan Tuhan Yesus dalam perjalanan ke Damsyik (ay.3). Pertemuan itu mengubah tujuan Saul ke Damsyik, sebelum itu niatnya untuk menangkap para pengikut Tuhan Yesus selepas pertemuan itu niatnya masuk ke kota Damsyik supaya matanya boleh melihat semula dan menjadi utusan Injil kerana dipilih oleh Tuhan Yesus sendiri (ay.15). Begitulah hebatnya pertemuan itu mengubah tujuan hidup Saul. Kita pun mungkin ada pengalaman bertemu dengan Tuhan Yesus, sejak itu tujuan hidup anda pun berubah menjadi utusan Injil seperti Saul.
Mari kita belajar bertemu dengan Tuhan Yesus supaya tujuh hidup kita berubah seperti Saul Aku telah memilihnya sebagai utusan Injil.
Krismas yang sejati sedar dia telah dipilih menjadi utusan Injil Yesus Kristus.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
5.12.2024
Salam takziah kepada keluarga Yakehim Bin Yongat (5.5.1933 - 3.12.2024) kerana telah kembali kepangkuan Bapa di syurga.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment