Roma 5:20-21 (AVB) Hukum Taurat telah diadakan supaya pelanggaran bertambah. Tetapi dengan bertambahnya dosa, semakin bertambahlah kasih kurnia. Oleh itu, sebagaimana dosa telah bertakhta dalam kematian, maka kasih kurnia akan bertakhta melalui perbenaran untuk membawakan kehidupan kekal melalui Yesus Kristus, Tuhan kita. Kopivosihan dan selamat beribadah, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini kita belajar tentang "Kehidupan kekal melalui Yesus Kristus" Bab 5 surat Roma berkisar tentang melalui Tuhan Yesus manusia dibenarkan (ay.15) dan kerana dosa Adam semua orang dihukum oleh TUHAN (ay.14). Hukuman itu ialah kematian menimpa setiap orang dan kasih kurnia melalui iman kepada Yesus Kristus pula ialah hidup yang kekal, kita faham maksud Paulus hidup kekal itu adalah kebangkitan orang mati dan diberi kasih kurnia untuk hidup kekal (Why.20:6). Kenapa kita masih mempertahan iman kepada Yesus Kristus kerana upah hidup kekal inilah yang kita yakini yang tidak ada pada iman di luar Yesus Kristus. Mari kita belajar hidup kekal melalui Yesus Kristus sahaja sebab itu pertahankan iman sepanjang hidup kita. Tahun baharu disambut dengan mempertahan iman di dalam Yesus Kristus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com D'Izz Lodge Kundasang Sabah, Malaysia. 29.12.2024.

Comments

Popular Posts