Roma 1:26-27 (AVB) Itulah sebabnya Allah membiarkan mereka didorong hawa nafsu yang keji. Kaum wanita mereka pun berpaling daripada yang tabii kepada yang di luar tabii.
Demikian juga kaum lelaki. Mereka berpaling daripada hubungan tabii dengan wanita dan dibakar nafsu keberahian terhadap sama sejenis. Lelaki dengan lelaki melakukan perkara yang aib, lalu menerima dalam diri mereka hukuman yang setimpal.
Kopivosihan dan selamat menyambut Krismas bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Luar tabii" Surat Roma ialah tulisan Paulus ke jemaah Roma yang akhirnya dia kunjungi seperti dicatat dalam Kis. 28. Penerimaan mereka terhadap Injil tidak seperti yang diharapkan Paulus dalam surat ini ketika dia bertemu dengan jemaah di Roma.
Dalam bab pertama Paulus ada menegur nafsu luar tabii perempuan dan juga lelaki yang tertarik dengan pasangan sejenis (ay.26-27). Bagi Paulus ini berlaku kerana manusia enggan mengenal TUHAN (ay.28), timbulah nafsu luar tabii dan pelbagai perbuatan jahat seperti kemungkaran, kedurjanaan, ketamakan, kecabulan, hasad dengki, pembunuhan dan sebagainya (ay.29).
Hari ini pun perbuatan luar tabii dan perbuatan jahat yang lain masih dilakukan oleh manusia.
Mari kita belajar supaya tidak bernafsu luar tabii dan perbuatan jahat yang lain, kerana perbuatan itu dilakukan oleh orang yang tidak mengenal TUHAN.
Krismas yang sejati bukan luar tabii.
Damai sejahtera di sanubari kita.
Merry Christmas.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
25.12.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment