Kisah Para Rasul 8:4-6 (AVB) Mereka yang bercerai-berai pergi ke merata-rata menyampaikan firman. Kemudian Filipus pergi ke sebuah kota di Samaria dan memberitakan Kristus kepada orang di situ. Apabila orang ramai mendengar apa yang dikatakan Filipus dan melihat segala tanda keajaiban yang dilakukannya, mereka semua memperhatikan dengan sepenuh hati apa yang dikatakannya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kota di Samaria" Bab 8 kitab Kisah Para Rasul cerita tentang bermula penganiayan antara peribadi yang menyokong penganiayan itu Saul dia jugalah yang menyokong pembunuhan Stefanus (Kis.7:58). Jemaah yang melarikan diri dari Yerusalem kerana penganiayan ada yang pergi ke Samaria orang itu ialah Filipus (ay.5), penduduk kota Samaria menyambut baik khabar Injil itu mereka mendengar dengan sepenuh hati (ay.6). Itulah yang kita mahu jemaah mendengar dengan sepenuh hati khutbah di gereja atau kebaktian lain supaya mereka boleh bertaubat dan dibaptis seperti penduduk kota Samaria (ay.12). Malah ada seorang ahli sihir yang bernama Simon juga bertaubat dan di baptis kemudian menyertai Filipus (ay.13). Mari kita belajar penganiayan sarana pengkhabaran Injil yang paling berkesan seperti kota di Samaria mereka menerima Injil dan mereka dibaptis, semoga kota di Malaysia ada yang dibaptis hasil pemberitaan Injil oleh orang yang dianiaya kerana iman kepada Tuhan Yesus. Krismas yang sejati ada penduduk kota yang dibaptis. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 4.12.2024.

Comments

Popular Posts