Kisah Para Rasul 16:2-4 (AVB) Timotius dipandang tinggi oleh para murid Yesus di Listra dan di Ikonium. Paulus hendak membawa Timotius bersamanya. Dia pun menyunatkan Timotius kerana semua orang Yahudi di daerah itu tahu bapanya orang Yunani. Di setiap kota yang dikunjungi, mereka menyampaikan peraturan yang telah ditetapkan oleh para rasul dan ketua-ketua di Yerusalem kepada jemaah di situ untuk dipatuhi. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Dia pun menyunatkan Timotius" Bab 16 kitab Kisah Para Rasul cerita perjalanan kedua penginjilan Paulus kali ini Silas, Timotius dan Lukas kawan Paulus dan mungkin ada beberapa orang lain lagi. Watak Lukas muncul pada ayat 10, dia inilah penulis kitab Kisah Para Rasul dan Injil Lukas. Watak Timotius muncul pada ayat 1-3, dia orang Listra ibunya orang Yahudi yang menjadi Kristian dan bapanya orang Yunani (ay.3). Paulus menyunatkan Timotius sebab mematuhi keputusan sidang di Yerusalem antaranya mewajipkan orang Yahudi Kristian disunat di Kisah Para Rasul Bab 15. Paulus dalam perjalanan misi kedua boleh dikatakan serampang dua mata kerana sambil menginjil dalam masa yang sama menguatkuasakan keputusan sidang di Yerusalem (ay.4) Hari ini gereja tidak lagi menguatkuasakan keputusan sidang di Yerusalem itu, kenapa tidak dikuatkuasakan? bukankah itu ajaran untuk orang Kristian. Mari kita belajar Dia (Paulus) pun menyunatkan Timotius kerana mematuhi keputusan sidang di Yerusalem gereja juga sepatutnya mematuhi keputusan sidang itu iaitu tidak memakan binatang yang mati di cekik dan tidak memakan makanan yang masih ada darah (mentah) serta menjaga tertib ketika makan (Kis.15:29). Krismas yang sejati tahu makanan yang dilarang kepada orang Kristian sebagai tanda kita ada penguasaan diri yang baik. Damai Sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 12.12.2024.

Comments

Popular Posts