Kisah Para Rasul 14:10-12 (AVB) Oleh yang demikian Paulus merenungnya sambil bersuara lantang, “Bangunlah berdiri tegak!” Lalu orang itu melompat berdiri dan mula berjalan.
Orang ramai melihat apa yang dilakukan oleh Paulus itu lalu berseru dalam bahasa Likaonia, “Lihatlah, tuhan-tuhan telah menjelma sebagai manusia dan turun ke dunia.”
Dengan demikian Barnabas dipanggil mereka “Zeus” dan Paulus disebut “Hermes” kerana dia yang terutama bercakap.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tuhan-tuhan telah menjelma menjadi manusia" Bab 14 kitab Kisah Para Rasul cerita perjalanan misi Paulus dan Barnabas yang pertama, salah satu tempat yang mereka kunjungi ialah Listra, Injil mendapat sambutan yang baik di sana, ada seorang lumpuh sejak dari lahir (ay.8) dia mendengar khutbah Paulus, dia kelihatan beriman menurut Paulus (ay.9) kemudian Paulus membuat dia berjalan (ay.10). Rakyat yang melihat itu sangat kagum dan berseru "lihatlah! tuhan-tuhan telah menjelma sebagai manusia dan turun ke dunia." (ay.11), rupanya dalam kepercayaan mereka ada cerita tuhan-tuhan menjelma menjadi manusia, mirip dengan berita Injil yang disampaikan oleh Paulus dan Barnabas. Pertembungan cerita Injil dan kepercayaan rakyat salah satu cabaran, perlu ditegaskan tidak sama. Cerita miripTuhan Yesus ada di mana-mana tetapi kita tidak boleh setuju dengan mereka untuk menggelak salah faham keyakinan.
Mari kita belajar tuhan-tuhan telah menjelma menjadi manusia dalam cerita dongeng hanya gambaran cerita Tuhan Yesus dalam Alkitab tidak sama sama sekali.
Krismas yang sejati menyambut Tuhan Yesus yang menjelma menjadi manusia yang diceritakan dalam Alkitab bukan dari cerita kitab lain atau cerita rakyat.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 10.12.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment