Kisah Para Rasul 26:20-21 (AVB) Aku telah menyampaikan kepada semua orang di Damsyik, Yerusalem dan seluruh Yudea, juga kepada orang bangsa asing, bahawa mereka hendaklah bertaubat dan berpaling kepada Allah serta berkelakuan selaras dengan pertaubatan itu. Itulah sebabnya orang Yahudi menangkapku di dalam Bait Suci, serta mencari jalan hendak membunuhku. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bertaubat dan berpaling kepada TUHAN" Bab 26 kitab Kisah Para Rasul sambungan cerita perbicaraan Paulus di hadapan Festus gebenor Kaisarea, raja Agripa dan Bernike serta pembesar yang lain (ay.30) di Kaisarea. Paulus membela dirinya sekali lagi dia ulang ucapan pembelaan itu seperti di hadapan gebenor Feliks dahulu (Kis. 24) antara yang disebut tentang pertemuan dia dengan Tuhan Yesus dan perjalanan penginjilannya di serata tempat dalam kerajaan Roma supaya mereka bertaubat dan berbalik kepada TUHAN dan hidup sejajar dengan pertaubatan itu (ay.20). Para pembesar sebenarnya boleh membebaskan Paulus tetapi kerana dia mahu mengadu kepada kaisar tidak boleh dibebaskan (ay.32). Hari ini Injil telah tersebar di seluruh dunia, menjadi Kristian mudah tetapi bertaubat dan hidup sejajar dengan pertaubatan itu sukar, tidak ramai yang boleh hidup seperti itu. Mari kita belajar bertaubat dan berpaling kepada TUHAN. Krismas yang sejati ialah bertaubat dengan mengawal diri daripada kejahatan. Damai sejahtera di sanubari kita. Merry Christmas. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 22.12.2024.

Comments

Popular Posts