Kisah Para Rasul 12:1-3 (AVB) Pada masa itu Raja Herodes pula turut menganiaya beberapa orang daripada jemaah.
Yakobus saudara Yohanes dibunuhnya dengan pedang.
Apabila dilihatnya orang Yahudi sukacita dengan tindakannya, dia menangkap Petrus pula, pada Perayaan Roti Tidak Beragi.
Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Raja Herodes turut menganiaya" Bab 12 kitab Kisah Para Rasul cerita penglibatan raja Herodes menganiaya jemaah Kristian di Yerusalem (ay.1), dia membunuh Yakobus adik beradik Yohanes (ay.2). Kerana orang Yahudi bersukacita atas tindakan itu kemudian dia menangkap pula Petrus dimasukkan dalam penjara yang dikawal rapi oleh enam belas askar, berkawal dalam empat giliran (ay.4), kita boleh andaikan Heroes akan membunuh Petrus seperti yang dilakukan kepada rasul Yakobus. Herodes tidak ada sebab yang kukuh untuk menganiaya jemaah berbanding golongan kelompok agamawan Yahudi kerana mereka takut pengaruh mereka terhakis dalam masyarat Yahudi dan di mata pemimpin kerajaan. Kenapa raja Herodes lakukan itu sebab kepentingan politiknya, sebab dia mahu mengambil hati masyarat Yahudi. Hari ini pun niat politik masih ada, seseorang cuba lakukan apa saja asalkan rakyat termasuk gereja suka atau dalam gereja sendiri yang penting dia disukai oleh jemaah atau kalau tidak berhati-hati diri kita sendiri terjebak politik dalam pelayanan.
Mari kita belajar tidak seperti raja Herodes turut menganiaya jemaah kerana niat politik.
Krismas yang sejati tiada niat politik ketika merayakan.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
8.12.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment