Kisah Para Rasul 21:37-38 (AVB) Ketika Paulus hendak dibawa masuk ke dalam kubu, dia berkata kepada ketua pasukan tentera itu, “Bolehkah aku menyatakan sesuatu kepadamu?” Ketua pasukan tentera itu berkata, “Kamu tahu bahasa Yunani?
Bukankah kamu ini orang Mesir yang dahulu mencetuskan pemberontakan dan memimpin empat ribu orang pengganas ke gurun?”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kamu tahu bahasa Yunani" Bab 21 kitab Kisah Para Rasul sambungan cerita perjalanan Paulus ke Yerusalem walaupun sudah dicegah oleh Roh Kudus melalui nubuatan beberapa orang seperti nabi Agabus supaya tidak pergi ke Yerusalem (ay.9-11), tetapi Paulus berkeras mahu pergi dan sanggup mati di sana (ay.13). Sesampai di Yerusalem Paulus berjumpa dengan Yakobus dan menceritakan pengalaman penginjilannya kepada bangsa lain (ay.17-19). Menurut hukum Taurat orang Yahudi dilarang bergaul dengan bangsa asing demi menjaga kesucian mereka, sebab itu Paulus perlu menyucikan diri demi membuktikan dirinya masih taat kepada hukum Taurat dan tidak mengajar orang Yahudi tidak mentaati hukum Taurat (ay.20-26). Tetapi ada juga orang Yahudi yang menghasut agar Paulus ditangkap dan dibunuh semasa penyucian berlangsung (ay.27-36).
Pasukan keselamatan Bait Suci terpaksa mengambil Paulus agar tidak dibunuh, Paulus memohon izin bercakap kepada orang Yahudi, dia berbahasa Yunani kepada ketua pasukan keselamatan itu. Ketua itu bertanya "Kamu tahu bahasa Yunani?..." begitulah hebatnya Paulus boleh berbahasa Yunani, hari ini mereka yang boleh berbahasa English itu hebat.
Mari kita belajar kamu tahu bahasa Yunani dan berbahasa lain satu kelebihan dalam pelayanan penginjilan seperti Paulus tidak hairan kenapa orang Yunani mudah menerima Injil. Malah Injil juga di tulis dalam bahasa Yunani sebab Injil ditolok oleh bahasa Ibrani iaitu bangsa Yahudi.
Krismas yang sejati tahu pelbagai bahasa untuk memuji TUHAN.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
17.12.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment