Roma 4:22-24 (AVB) Maka “imannya itu diperhitungkan baginya sebagai perbenaran.” Kata-kata “diperhitungkan baginya” telah tersurat bukan untuknya sahaja, tetapi juga untuk kita: Allah akan menerima kita sebagai orang yang benar, kita yang beriman terhadap Dia yang telah membangkitkan Tuhan Yesus daripada kematian. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Beriman kepada Dia yang membangkitan Tuhan Yesus" Bab 4 surat Roma berkisar tentang iman Abraham yang membenarkan dia sebelum dia disunat atau dengan kata lain sebelum ada hukum Taurat (ay.10), iman Abraham terhadap janji TUHAN bahawa dia akan menjadi bangsa yang besar (Kej.12:2), perbenaran TUHAN bukan hanya kepada Abraham tetapi kepada keturunannya yang memiliki iman seperti Abraham (ay.13) dengan kata lain keturunan yang dimaksudkan mewaris iman bukan semata-mata keturunan darah, bersunat atau melakukan hukum Taurat (ay.14). Tetapi kerana kegagalan umat Israel mewaris iman Abraham dan kerana kasih kurnia TUHAN kepada bangsa lain memberikan Tuhan Yesus yang bangkit dari kematian supaya semua orang beriman kepadanya termasuk orang Israel (Yoh.3:16, ay.24-25). Jelaslah bahawa imanlah yang membenarkan baik orang Israel dan bangsa lain walaupun begitu cara hidup mestilah sejajar dengan iman (Yak. 2:14-26). Mari kita berlajar beriman kepada Dia yang membangkitan Tuhan Yesus ialah perbenaran kita bukan perbuatan semata-mata. Tahun baharu disambut dengan iman yang benar iaitu kepada Dia yang membangkitan Tuhan Yesus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Nikgold Kundasang Sabah, Malaysia. 28.12.2024.

Comments

Popular Posts