Kisah Para Rasul 20:14-16 (AVB) Setelah menyambutnya di Asos, kami mengiringinya ke Metilene.
Kami belayar dari sana: Esoknya kami bertentangan dengan Pulau Khios; lusanya kami singgah di Samos; dan tulatnya kami sampai di Miletus.
Paulus telah membuat keputusan untuk belayar melalui Efesus, supaya jangan berlarutan di Asia; dia hendak cepat, dengan harapan sampai di Yerusalem pada Perayaan Pentakosta.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Harapan sampai ke Yerusalem pada Perayaan Pentakosta" Bab 20 kitab Kisah Para Rasul cerita pelayanan Paulus yang berputar-putar dari Efesus ke Makedonia dan Yunani (ay.1-2), di Yunani sebenar Paulus mahu belayar pulang ke Siria tetapi ada pakatan orang Yahudi hendak membunuhnya (ay.3). Akhirnya dia kembali lagi ke Asia di Mellitus dan berjumpa dengan pemimpin jemaah Efesus sebelum belajar ke Yerusalem (ay.38) Paulus mengatakan kepada mereka tidak melihat dia lagi selepas ini (ay.25). Paulus tahu Yerusalem pusat orang Yahudi sudah tentu dia akan dibunuh di sana kerana dia dianggap mencemarkan hukuman Taurat, walaubagaimana pun dia mahu tiba di sana sebelum Perayaan Pentakosta (ay.16), maksudnya dia mahu merayakan perayaan itu. Paulus dalam dilema bukan saja dia tetapi semua orang Yahudi yang menjadi Kristian, mereka mahu mentaati hukum Taurat dalam masa yang sama mahu bergaul dengan bangsa lain kerana mereka orang Kristian yang dilarang oleh hukum Taurat berbuat demikian.
Hari ini kita pun boleh jadi seperti Paulus adat resam dan Injil boleh jadi konfilik dalam diri kita.
Mari kita belajar seperti Paulus tetap ingat Perayaan Pentakosta (Perayaan Menuai dan hari Roh Kudus turun), harapan sampai ke Yerusalem pada Perayaan Pentakosta, dalam konteks kita sekarang harapan sampai ke kampung pada Perayaan Krismas, walaupun mahal harganya.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
16.12.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment