Kisah Para Rasul 6:5 (AVB) Semua bersetuju dengan cadangan para rasul. Mereka memilih Stefanus, seorang yang sangat teguh imannya serta dikuasai oleh Roh Kudus. Di samping itu, mereka memilih Filipus, Prokhorus, Nikanor, Timon, Parmenas, dan Wahyu Nikolaus dari Antiokhia, seoran penganut agama Yahudi. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Seorang yang teguh imannya" Bab 6 kitab Kisah Para Rasul cerita tentang para rasul memilih tujuh pelayan kebajikan (ay.5), antara yang dipilih ialah Stefanus dia seorang yang teguh iman dan dikuasai oleh Roh Kudus (ay.5) Kita boleh agak dia seorang yang masih muda mungkin umur awal 30an. Biasanya orang muda bersemangat dan suka berdebat apa lagi kalau memang dia tahu sesuatu isu yang ditanya kepadanya atau mempertahankan diri apabila diserang oleh orang lain. Stefanus mempunyai ciri itu, pihak yang bertanya atau menyerang imannya kalah tetapi menghasut orang ramai, tua-tua dan ahli-ahli Taurat sehingga Stefanus ditangkap (ay.12). Perdebatan tidak membawa banyak hasil yang baik tetapi banyak hasil yang tidak baik, Tuhan Yesus sendiri walaupun Dia menang dalam semua perdebatan tetapi semakin ramai pula yang membenci-Nya, begitu juga Stefanus dia ditangkap (ay.12). Mungkin kita sendiri ada pengalaman berdebat dengan seseorang atau kelompok tertentu, kita semakin dikenali ada yang berpihak dan ada yang menentang malah mahu menghancurkan kita dengan fitnah. Mari kita belajar walaupun seorang yang teguh imannya dan dikuasai oleh Roh Kudus elakkan perdebatan kerana lebih banyak perkara buruk terjadi berbanding yang baik. Krismas yang sejati tidak perlu berdebat tentang Tuhan Yesus tetapi tunjukkan kasih. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 2.12.2024.

Comments

Popular Posts