Kisah Para Rasul 15:28-29 (AVB) pesan daripada Roh Kudus dan daripada kami: iaitu janganlah diletakkan ke atas saudara-saudara beban yang lebih berat daripada yang perlu.
Cuma, jauhkanlah diri daripada makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala, daripada daging binatang yang mati dicekik, daripada darah dan daripada perbuatan cabul. Jika saudara-saudara memeliharakan diri daripada segala ini, saudara-saudara melakukan hal yang betul. Sekian, selamat sejahtera.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Jauhkanlah diri daripada makan yang telah dipersembahkan kepada berhala" Bab 15 kitab Kisah Para Rasul perikop pertama cerita hasil persidangan pertama orang Kristian di Yerusalem agenda tentang makanan dan sunat untuk orang Kristian bukan Yahudi. Orang Yahudi wajip bersunat walaupun sudah menjadi Kristian tetapi bukan Yahudi tidak wajip walaupun tidak disebut secara terus terang (ay.28), makanan pula orang Kristian bukan Yahudi dilarang memakan makan yang sudah dipersembahkan kepada berhala, mati dicekik dan darah binatang (ay.29). Menurut ayat ini orang Kristian masih ada makanan yang dilarang bukan semua boleh dimakan, cukup ringan untuk kita berbanding orang Kristian Yahudi.
Mari kita belajar bukan semua makanan boleh kita makan jauhkanlah diri daripada makan yang telah dipersembahkan kepada berhala, binatang mati dicekik dan darah.
Krismas yang sejati tahu makanan dan minuman yang dilarang atau tidak boleh diambil berlebihan.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
11.12.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment