Roma 3:22-24 (AVB) Perbenaran Allah hanya melalui iman kepada Yesus Kristus bagi semua yang percaya. Hal ini berlaku kepada semua orang tanpa membezakan sesiapa pun.
Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah.
Namun demikian, dengan kasih kurnia Allah yang dikurniakan-Nya dengan rela, manusia dapat diperbenar melalui penebusan yang terdapat dalam Kristus Yesus.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Perbenaran TUHAN hanya melalui iman kepada Yesus Kristus" Bab 3 surat Roma tema utama ialah menyatakan bahawa semua orang berdosa, tiada yang mengerti dan mencari TUHAN, berpaling dan tidak berguna, tiada yang baik, tipu daya, bibir berbisa, sumpah seranah dan kepahitan menumpahkan darah, kemusnahan dan kesengsaraan, tiada jalan damai dan tiada rasa takut kepada TUHAN (ay.10-18) Paulus memetik kata-kata penulis Mazmur 14 dan 53.
Dosa menyamaratakan hukuman manusia di muka bumi dan iman kepada Tuhan Yesus menyamaratakan pengampunan dan perbenaran manusia di hadapan TUHAN (ay.22)
Pengamal hukum Taurat tidak membenarkan manusia tetapi hanya menyedarkan bahawa mereka berdosa (ay.20). Menjadi orang Kristian tidak membenarkan kita, ia sekadar Taurat baharu yang diciptakan manusia untuk membenarkan diri kalau tanpa iman kepada Tuhan Yesus. Beriman bermaksud percaya Tuhan Yesus perdamaian antara kita dengan TUHAN (ay.25).
Mari kita berlajar perbenaran TUHAN hanya melalui iman kepada Yesus Kristus, bukan Taurat atau upacara gereja.
Menyambut tahun baharu dengan iman kepada Yesus Kristus.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
27.12.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment