Kisah Para Rasul 22:17-18, 21 (AVB) “Setelah aku pulang ke Yerusalem, sedang aku berdoa di Bait Suci, aku terlalai lalu melihat Dia dan mendengar kata-kata-Nya kepadaku, ‘Segeralah keluar dari Yerusalem, kerana mereka tidak akan menerima kesaksian daripadamu tentang-Ku.’ Kata-Nya kepadaku, ‘Keluarlah dari sini, kerana Aku hendak mengutusmu jauh-jauh kepada orang bangsa asing.’ ” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Segeralah keluar dari Yerusalem" Bab 22 kitab Kisah Para Rasul sambungan cerita Paulus ditangkap di Bait Suci di Yerusalem, dia minta izin kepada ketua askar keselamatan Bait Suci untuk bercakap dengan orang Yahudi yang berkumpul di sana, dia bersaksi bahawa Tuhan Yesus telah menampakkan diri kepadanya dalam perjalanan ke Damsyik (ay.6-8) dan juga di Bait Suci ketika Dia berdoa (ay.17-21). Paulus telah menemukan kebenaran iaitu Yesus Kristus (ay.14) dan mengesah orang yang berkumpul itu pun menerima Dia dan dibaptis (ay.16)Tetapi orang Yahudi tidak menerima kesaksian Paulus dan mahu membunuh dia (ay.22), sehingga sekarang sangat sedikit orang yang percaya kepada Tuhan Yesus. Tidak pasti apa yang mendorong Paulus berkeras pulang ke Yerusalem sedangkan sudah diberi amaran oleh Roh Kudus dan Tuhan Yesus supaya segera tinggalkan Yerusalem sebelum semua kesusahan itu berlaku (ay.18). Tetapi Paulus enggan berbuat demikian kerana mahu merayakan Pentakosta di Yerusalem (Kis. 20:16). Mari kita belajar segeralah keluar dari Yerusalem sebelum kesusahan menimpa diri kita, biarlah tidak dapat merayakan Perayaan Pentakosta, maksudnya jangan membantah petunjuk Roh Kudus dan Tuhan Yesus kalau tidak kesusahan akan menimpa. Krismas yang sejati bukanlah tempat yang penting tetapi hati kita yang bersukacita walau di mana pun kita berada. Damai sejahtera di sanubari kita. Merry Christmas. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 18.12.2024.

Comments

Popular Posts