Roma 6:17-18 (AVB) Tetapi bersyukurlah kepada Allah! Dahulu kamu diperhamba oleh dosa, tetapi kini kamu telah taat sepenuh hati akan bentuk ajaran yang telah diamanahkan kepadamu.
Kamu telah dibebaskan daripada dosa dan menjadi hamba kepada perbenaran.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Hamba kepada perbenaran" Bab 6 surat Roma berkisar tentang dibebaskan atau dimerdekakan daripada dosa, kerana telah bersatu dengan Kristus dilambangkan dalam baptisan iaitu mati dan bangkit semula bersama Kristus (ay.3-5). Sebab itu kita bukan lagi hamba dosa tetapi hamba kebenaran (ay.14). Kalau masih lagi melakukan dosa seperti menipu, membuli atau menindas, mencuri dan sebagainya hidup kita tidak akan tenteram dan sudah tentu tidak mahu terus melakukan kejahatan sebab kita bukan lagi hamba kejahatan tetapi hamba kepada kebenaran, jiwa kita suka kepada kebenaran bukan kejahatan. Sebaliknya orang yang masih hamba dosa dia tetap hidup melakukan kejahatan dan masih boleh hidup tenteram kerana jiwa mereka masih hamba kejahatan.
Mari kita belajar kita bukan lagi hamba dosa tetapi hamba perbenaran / kebenaran hiduplah melakukan yang benar itulah yang membahagiakan kita.
Tahun baharu disambut dengan melakukan yang benar bukan lagi yang jahat.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
30.12.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment