Kisah Para Rasul 23:10-11 (AVB) Perkelahian menjadi begitu sengit sehingga ketua pasukan tentera itu takut kalau-kalau Paulus diserang. Dia menyuruh askar-askar segera mengambil Paulus dengan paksaan dari tengah-tengah orang itu dan membawanya ke dalam kubu. Pada malam berikut itu Tuhan berdiri di sisinya dan berkata, “Tabahkanlah hatimu; kerana sebagaimana kamu telah bersaksi tentang-Ku dengan sungguh-sungguh di Yerusalem ini, begitulah kamu akan bersaksi di Roma pula.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tabahkanlah hatimu" Bab 23 kitab Kisah Para Rasul sambungan cerita Paulus di Yerusalem kemudian dihantar ke Kaisarea untuk diadili (ay.23), perbicaraan di hadapan majlis agama Yahudi di Yerusalem tidak mendapati kesalahan Paulus tetapi ahli majlis pula yang kecoh sesama orang Saduki dan Farisi sebab Paulus mengatakan dia berharap kebangkitan orang mati (ay.6). Malam itu Tuhan Yesus menampakkan diri kepada Paulus mengatakan "Tabahkanlah hatimu..." Kerana Paulus akan bersaksi nama Tuhan Yesus di Roma pula (ay.11) pelayanan itulah yang diharapkan oleh Paulus iaitu di Roma kalau kita membaca surat Roma yang ditulisnya. Tuhan Yesus sabar dengan Paulus walaupun dia tidak mengikut petunjuk Roh Kudus supaya jangan ke Yerusalem dan Tuhan Yesus sendiri agar segera keluar dari Yerusalem (Kis. 22:18). Niat Paulus merayakan Perayaan Pentakosta tidak kesampaian. Boleh dikatakan kesusahan yang dialami oleh Paulus bukan rancangan Tuhan Yesus, tetapi kerana kedegilannya sendiri. Mungkin Kita pun ada pengalaman seperti itu, kerana kedegilan, kesombongan, berkorban tidak kena tempat dan sebagainya menyebabkan kesusahan menimpa kita. Tetapi Tuhan Yesus tetapi bersama kita memberi kekuatan dan petunjuk baharu. Mari kita belajar Tabahkanlah hatimu menghadapi kesusahan hidup akibat pilihan yang tidak sejajar dengan kehendak TUHAN. Krismas yang sejati tentang tabahkanlah hati menghadapi hidup Tuhan Yesus bersama kita. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 19.12.2024.

Comments

Popular Posts