Kisah Para Rasul 11:1-3 (AVB) Para rasul dan saudara-saudara di seluruh Yudea mendengar khabar bahawa bangsa-bangsa asing juga telah menerima firman Allah.
Apabila Petrus pergi ke Yerusalem, orang Yahudi yang percaya kepada Yesus dan masih berpegang kepada upacara sunat, membantah perbuatannya.
Mereka berkata, “Kamu telah menumpang di rumah orang bangsa asing yang tidak bersunat; malah kamu telah makan bersama mereka!”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bangsa asing yang tidak bersunat" Bab 11 kitab Kisah Para Rasul cerita bagaimana Petrus pulang ke Yerusalem selepas pelayanan di rumah Kornelius di Kaisarea (ay.1-2), orang Yahudi pengikut Tuhan Yesus membantah perbuatan Rasul Petrus itu, kerana telah menumpang di rumah malah makan bersama dengan bangsa asing yang tidak bersunat (ay.3). Rupanya fikiran para pengikut Injil hanya untuk orang Yahudi sahaja, mungkin mereka ingat kata-kata Tuhan Yesus, Dia hanya diutus kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel (Mat.15:24), tetapi bukan seperti yang mereka fikirkan Roh Kudus memberi Roh-Nya kepada bangsa asing yang tidak bersunat, seperti apa yang berlaku di rumah Kornelius itu mereka juga dipenuhi oleh Roh Kudus seperti pengalaman Petrus dan para pengikut yang lain (ay.15). Kemudian barulah para pengikut itu tidak lagi marah kepada rasul Petrus, agak berani juga rasul pun dimarahi oleh mereka, berbeza dengan budaya tempatan di Sabah agak segan menegur pemimpin apa lagi memarahi.
Mari kita belajar pekerjaan Roh Kudus tidak dibatasi oleh suku atau bangsa dan tidak terkurung dalam budaya atau adat Dia bebas memberi karunia keselamatan kepada semua orang seperti kita bangsa asing yang tidak bersunat itu menerima Injil.
Krismas yang sejati tidak menghalang pekerja Roh Kudus memberi karunia Roh kepada siapa sahaja yang Dia mahu.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
7.12.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment