Kisah Para Rasul 25:9-10 (AVB) Akan tetapi, Festus hendak mengambil hati orang Yahudi lalu bertanya kepada Paulus, “Mahukah kamu pergi ke Yerusalem supaya aku mengadili perkaramu ini di sana?”
Paulus menjawab, “Aku sekarang berdiri di mahkamah Kaisar, dan di sinilah aku patut dibicarakan. Aku tidak pernah melakukan sesuatu yang buruk terhadap orang Yahudi, sebagaimana kamu terlebih maklum.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Di sinilah aku patut dibicarakan" Bab 25 kitab Kisah Para Rasul masih cerita Paulus di penjara Kaisarea tidak pasti berapa lama dia di sana mungkin beberapa tahun, waktu yang agak lama itu tidak ada sarjana yang mengatakan Paulus menulis surat ketika berada di sana. Kali ini Paulus diadili di hadapan gebenor Festus yang menggantikan gebenor Feliks (ay.1-12), pemimpin agama orang Yahudi dari Yerusalem datang untuk menuduh Paulus dalam masa yang sama mereka memohon dia dibicarakan di Yerusalem dengan niat mahu membunuh Paulus ketika dalam perjalanan (ay.3). Paulus sudah tentu mengetahui niat mereka itu, kali ini Paulus tidak lagi mahu ke Yerusalem (ay.10) dia telah belajar menghindari Yerusalem walaupun agak terlambat. Tiada catatan Alkitab bahawa Paulus menjejakkan kaki lagi ke Yerusalem selepas itu.
Hidup di bumi umpama pelarian yang tidak pasti di mana kita akan berakhir tetapi yang pasti Tuhan Yesus bersama kita walaupun di mana kita berada (Mat. 28:20).
Mari kita berlajar seperti Paulus di sinilah aku patut dibicarakan bermaksud di mana kita berada di sanalah kita melayani, bekerja, berkarya, berbahagia, berkeluarga dan sebagainya.
Krismas yang sejati menikmati hidup di mana pun kita berada.
Damai sejahtera di sanubari kita.
Merry Christmas.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Sabah, Malaysia.
21.12.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment