Markus 9:50 (AVB) “Garam itu baik, tetapi jika menjadi tawar, bagaimanakah garam dapat dimasinkan semula? Adakanlah garam pengukuh dalam dirimu, dan hiduplah rukun damai sesamamu.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Hiduplah rukun damai" Tuhan Yesus mengajar para murid-Nya banyak perkara salah satu tentang garam, garam yang baik mestilah masin boleh dikatakan semua masakan, lauk pauk, daging dan sebagainya dibubu garam supaya ada rasa dan enak dimakan, Tuhan Yesus mengajar sikap garam mesti ada dalam diri para murid iaitu hidup rukun dan damai antara sesama mereka. Sesama bagi orang Yahudi ialah orang bukan Yahudi dapat dilihat dalam perumpamaan orang Samaria yang baik hati itu, sesama orang yang ditolong itu ialah orang Samaria (Luk.10:25-37). Bagi kita yang hidup di negara Malaysia orang sesama terlalu ramai jadi berusahalah hidup rukun dan damai dengan mereka itulah tanda garam dalam diri kita masih masin.
Mari kita belajar hiduplah rukun dan damai dengan sesama kita.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
5.10.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment